Cara-Cara Bijak Menjimatkan Air :- TANDAS  | 
- Tutup paip air semasa memberus gigi dan gunakan segelas air untuk membersihkan mulut anda..
 - Tutup paip pancuran semasa menyabun badan.
 - Bersihkan tandas dengan menggunakan alat pengelap lantai dan sebaldi air. Elakkan menyimbah air..
 - Buat ujian kebocoran pada sistem tandas dengan meletakkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam tangki tandas. Sekiranya pewarna tersebut kelihatan di dalam mangkuk tandas tanpa mengepam, ini bermakna terdapat kebocoran dalam sistem tandas anda yang perlu dibaiki dengn segera.
 - Pasang sistem tandas dwipam yang membolehkan pengepaman air separuh penuh sudah memadai untuk membuang kotoran.
 - Baiki semua kebocoran pada paip dan lengkapkan di tandas anda.
 
- Bersihkan sayur-sayuran dan buah-bauahan di dalam besen dan kitar semula air tersebut untuk menyiram tanaman anda.
 - Penuhkan mesin basuh dengan pakaian pada setiap cucian atau gunakan pemilih muatan untuk memadankan paras air dengan muatan kain anda.
 
DI LUAR
Cuci kereta anda dengan menggunakan kain dan sebaldi air. Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal untuk membilas. Gunakan penyapu untuk membersihkan jalan masuk ke rumah. Elakkan menyimbah air atau menggunakan hos air. Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal atau penyiram untuk menyiram tanaman. Siramlah tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang supaya air tidak tersejat oleh bahang sinaran matahari. Pastikan sambungan hos adalah ketat untuk mengelakkan pembaziran air. Kumpul air hujan dan gunakan untuk menyiram tanaman anda. Elakkan penggunaan air dari paip air. 


No comments:
Post a Comment