Thursday, 9 June 2011

Pengenalan

Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan. Lebih kurang 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Kandungan air di dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi tanpa air akan menyebabkan tubuh menghadapi masalah dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.

Air juga berperanan bagi merangsang proses bioligikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak akan berfungsi menjalankan proses detoksifikasi yang terdedah kepada unsur toksin serta makanan yang mempunyai kandungan racun. Kebanyakan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam makanan, udara dan di dalam air. Oleh yang demikian manusia amat memerlukan air yang bersih dan dijamin selamat untuk diminum.
Menurut kenyataan FOMCA “Dahulu kita boleh minum air terus daripada pili air. Kini tidak boleh lagi, sebab walaupun air telah dirawat tetapi kerana melalui paip air yang telah usang, maka kekotoran turut masuk ke dalam saluran paip yang disalurkan ke rumah. Ramai pula yang terpaksa memasang penapis air di rumah mereka. Air yang diterima berkelodak, berwarna, berbau dan segala macam lagi”. (Wawancara Buletin FOMCA bersama Encik Marimuthu Nadason Presiden FOMCA – cetakan pertama Januari 2005).
Air yang tidak ditapis berpotensi membawa penyakit dan mengancam kesihatan pengguna terutama kanak-kanak. Bagi menjamin keselamatan pengguna, Persatuan Masyarakat Prihatin Pulau Pinang akan menjalankan Kempen Air Bersih mengujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan pengurusan air bersih, kesan pencemaran air dalam kehidupan disamping mendorong generasi muda menghargai bekalan air bersih dari berlaku pembaziran dan mencintai kebersihan dengan kehijauan alam sekitar.

Kepentingan Air Kepada Manusia

Sejak bermulanya tamadun manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. 

















Tamadun manusia
  • Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa. 
  • Sebagai contoh bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang dari perkambungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara sungai Gombak dan Sungai Kelang
  • Contoh  lain adalah seperti Shanghai, Calcutta dan Karachi

                          
Bekalan Air
  • Air dari sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya
  • Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti industri pemprosesan Kelapa Sawit
  • Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi



Pengangkutan
Manusia menggunakan sungai untuk mengangkut barangan pukal ke kawasan-kawasan pendalaman yang tidak dapat dihubungi dengan jalanraya seperti sungai Chao Pharaya yang dapat dimudik sehingga 400 km dari muara ke pendalamannya pada musim hujan dan 200 km pada musim kemarau, Sungai  Irrawaddy (dapat dimudik sehingga 1440 km dari muara hingga  Bamor) dan Sungai Tigris


Makanan 
  • Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia dengan membekalkan sumber protein yang penting untuk badan seperti ikan air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman.

Kuasa hidroelektrik
  • Sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu sesuai untuk menjana kuasa elektrik hidro seperti Sungai Huang he dan Sungai Indus
Rekreasi
  • Banyak aktiviti rekreasi dijalankan di sepanjang sungai seperti berkayak, memancing dan berenang

Estatika
  • Sesetengah sungai dikenali dengan kecantikannya seperti sungai Niagara yang popular untuk berbulan madu dan percutian

Hargailah Air

Cara-Cara Bijak Menjimatkan Air :-
TANDAS

  • Tutup paip air semasa memberus gigi dan gunakan segelas air untuk membersihkan mulut anda.. 
  • Tutup paip pancuran semasa menyabun badan. 
  • Bersihkan tandas dengan menggunakan alat pengelap lantai dan sebaldi air. Elakkan menyimbah air.. 
  • Buat ujian kebocoran pada sistem tandas dengan meletakkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam tangki tandas. Sekiranya pewarna tersebut kelihatan di dalam mangkuk tandas tanpa mengepam, ini bermakna terdapat kebocoran dalam sistem tandas anda yang perlu dibaiki dengn segera. 
  • Pasang sistem tandas dwipam yang membolehkan pengepaman air separuh penuh sudah memadai untuk membuang kotoran. 
  • Baiki semua kebocoran pada paip dan lengkapkan di tandas anda. 

DAPUR & TEMPAT MENDOBI

  • Bersihkan sayur-sayuran dan buah-bauahan di dalam besen dan kitar semula air tersebut untuk menyiram tanaman anda. 
  • Penuhkan mesin basuh dengan pakaian pada setiap cucian atau gunakan pemilih muatan untuk memadankan paras air dengan muatan kain anda. 


DI LUAR












Cuci kereta anda dengan menggunakan kain dan sebaldi air. Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal untuk membilas. Gunakan penyapu untuk membersihkan jalan masuk ke rumah. Elakkan menyimbah air atau menggunakan hos air. Gunakan hos bermuncung yang boleh dikawal atau penyiram untuk menyiram tanaman. Siramlah tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang supaya air tidak tersejat oleh bahang sinaran matahari. Pastikan sambungan hos adalah ketat untuk mengelakkan pembaziran air. Kumpul air hujan dan gunakan untuk menyiram tanaman anda. Elakkan penggunaan air dari paip air. 

SUMBER AIR MENTAH KRISIS MASA HADAPAN

Sumber Air Mentah



Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini.Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam (leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor.Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air yang bertambah buruk.
Penerokaan Tanah


Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti.

Seperti yang diketahui, sumber air mentah dinegara kita kebanyakannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal.

Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai yang paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.
Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu pencemaran fizikal yang merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kaca, kelodak dan kertas, Pencemaran biologi seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain manakala yang terakhirnya ialah Pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada Pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat.
Kesan Pencemaran Sungai


Munurut kajian, kira-kira 70% masalah pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan. Pembuangan sampah sarap, sisa buangan domestik dari kawasan perumahan, perkampungan, setinggan dan lain-lain petempatan telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas.. Penggunaan air mentah yang tidak berkualiti boleh membawa mudarat kepada manusia. Contohnya, bacteria E-coli, cacingnetamod, dan mikrob yang terhasil akibat pembuangan najis binatang ke dalam sungai akan membawa penyakit berbahaya seperti hepatisis, taun, disentri, demam kepialu dan kusta. Pembuangan najis binatang yang tidak sistematik banyak berlaku dinegara kita terutamanya di negeri Sembilan dan Selangor. Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan  dan pemulihan alam sekitar.

Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun, ketidakseimbangan ini lama-kelamaan akan menyebabkan kekurangan sumber air mentah yang sesuai dan selamat dapat dibekalkan kepada masyarakat, sebagai satu masalah besar yang akan dihadapi oleh negara.

Masalah kekurangan air kian berlaku di negara kita terutamanya di Negeri Sembilan yang sering mengalami catuan air. Oleh itu, pada pendapat saya, tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini tidak harus dipikul oleh satu pihak sahaja malah masyarakat Malaysia juga harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya.
Sumber Maklumat: National Consumer Complaints Center (NCCC)

KITARAN AIR


Apakah kitaran air?
Saya boleh jawab soalan itu dengan mudah - ia adalah "saya" seluruhnya. Kitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika tiadanya.

Ringkasan Kitaran Air
















Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan juga "bermula".

Wednesday, 8 June 2011

NATIJAHNYA

Kesimpulannya sumber air menjadi kegunaan utama bagi seisi dunia , malah ianya menjadi keperluan utama bagi manusia . Oleh itu , manusia perlulah menjaga kebersihan air agar dapat digunakan oleh seluruh kehidupan dunia .